Blogger Widgets

button

Saturday, May 5, 2012

Temuduga oh Temuduga!



Lipstik tak mau cakap bg intro panjang2.. Untuk temuduga,, kebanyakkan temuduga mendapati para pelajar (yang baru setahun jagung) kurang bersedia. Para penemuduga mendapati mereka :



  • Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’.
  • Bersikap pasif semasa temuduga.
  • Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.
  • Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
  • Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.
  • Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
  • Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negeri.
  • Kurang pengetahuan am.
  • Berpakaian tidak kemas.


Antara contoh soalan2 yang bakal ditanya semasa temuduga adalah:

  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda.
  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  11. Mengapakah patut kami memilih anda?
  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Untuk yang memohon pekerjaan, soalan ini paling popular, "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?".. 
cara menjawab soalan tersebut adalah seperti berikut:



  • "Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini"
  • "Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji untuk jawatan ini?"
  • "Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita ke peringkat seterusnya."
Perkara simple tapi sering dilupakan kerana terlalu Gemuruh:
  • Eye-contact
  • Jangan cakap terlalu banyak semasa sesi soal jawab

Tips elakkan gemuruh semasa temuduga:

Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga. 
Tips 2: Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan 
Tips 3: Berfikiran optimistik


Tell me about yourself?Jangan anggap mudah soalan seperti ini. Soalan ini bertujuan untuk:


Sebagai sesi 'ice-breaking'
Untuk menguji kelancaran anda dan kematangan anda ketika berbicara
Untuk mengetahui tahap minat anda terhadap kerjaya yang dipohon


Perkara yang PALING tidak disukai oleh penemuduga:
  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda


Nilaikan diri anda sebelum temuduga (proses persediaan) dari segi:
Hal ini membolehkan abda menjawab soalan "ceritakan tentang diri anda" dgn mudah dan yakin.

  • Kelebihan diri sendiri
  • Personaliti
  • Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
  • Kekuatan dan kelemahan
  • Persepsi
  • Pengetahuan Am
  • Pengalaman Kerja




Apa yang Lipstick post nie cuma untuk persediaan mental.. Untuk yang fizikal pasti korang dah tahu serba sedikit seperti berpakaian kemas dan tidak mencolok mata.






















No comments:

Post a Comment

Para pengomen2 sekalian..