Blogger Widgets

button

Monday, April 23, 2012

Petua Hilangkan Jerawat :)

Ini antara cara tradisional untuk menghilangkan jerawat dan parut2 jerawat. I hope u all enjoy dan angan lupa mencuba tau ;)


 
 Petua 1:
Anda cuma perlukan madu dan  bedak sejuk. Campurkannya dan sapu pada bekas jerawat anda.
 

Petua 2:
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Amalkannya seperti anda memakai bedak sejuk.


Petua 3:
Ambil sepotong ubi kayu yang telah dikupas kulit. Parut ubi kayu tersebut dan perah untuk dapat kan air nya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.


Petua 4:
PARUT temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .


Petua 5:
Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.



Petua 6:
Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.


Petua 7:
Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.


Petua 8:
Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.


Petua 9:
Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .


Petua 10:
Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .
-LipstikMerah-

No comments:

Post a Comment

Para pengomen2 sekalian..